PERINGATAN ULANGAN: KERINGNYA TASIK GALILEE MAKA TURUNNYA IMAM MAHDI DAN NABI ISA. BERAPAKAH PARAS AIRNYA SEKARANG?

16 06 2010

Apakah kaitannya Tasik Galilei dan kedatangan turunnya Nabi Isa dan Imam Mahdi?

Ada beberapa pertanda yang menunjukkan ke arah itu. Di antaranya ialah Nabi s.a.w telah bersabda berkaitan dengan pengalaman sahabat Tamim Ad-Dari ra yang belayar dengan rakan-rakan beliau dan terbabas di sebuah pulau. Selepas mereka bertemu makhluk hodoh yang memperkenalkan dirinya sebagai pengintip, mereka telah bertemu dengan makhluk berbadan besar yang memperkenalkan dirinya sebagai Dajal), “.. Dajal berkata: ‘Beritahu aku tentang pohon-pohon tamar di Baisan, adakah ia masih berbuah?’ Kami berkata: ‘Ya’. Berkata Dajal: ‘Tidak lama lagi ia tidak akan berbuah’. Dajal bertanya lagi: ‘Bagaimana dengan Tasik Tiberia, adakah masih dipenuhi air?’ Kami menjawab: ‘Ya, ia masih dipenuhi air’. Dajal berkata: ‘Tidak lama lagi airnya akan kering’..(Riwayat Imam Muslim dalam Sahih Muslim)


Kenyataan yang paling signifikan di dalam hadis ini ialah tentang kekeringan air di Tasik Tiberia. Fenomena ini akan berlaku di era Dajal. Pada hari ini Tasik Tiberia dikenali sebagai Sea of Galilee atau Laut Galilee dan ia terletak di negara Israel. Ia menjadi sumber air bersih yang amat penting bagi negara Israel. Di zaman Dajal air tasik ini akan surut dan fenomena ini sebenarnya sedang menjadi kenyataan pada hari ini. Pada hari ini ketika saya menulis tentang ini, Tasik Galilei sudah mencapai tahap YANG SANGAT KRITIKAL.

Sila lihat video berita ini untuk mengetahui tentang krisis kekeringan air di Tasik Galilee:

http://www.youtube.com/watch?v=XZNlg2uOiPY

http://www.youtube.com/watch?v=UvYJefTW29A&feature=player_embedded

Advertisements

Actions

Information

4 responses

16 06 2010
papabear

dah tak lama lagi lah ye…

16 06 2010
aremierule

betul tu , dah tak lama dah kut

25 09 2010
amir

wuhuu tak sabarnya nampak nya kena lah aku bekalan yang lebih banyak untuk akhirat

25 09 2010
amir

tapi kenapa kat luar tu kata web site akan merosak kan komputer anda?nampaknya ada orang yahudi atau yang lain(kafir) yang sudah meninjau web site ini dan mereka merekacerita akan kerosakan keatas komputer kita kerana ini sebuah cerita yang benar dan tidak boleh dinafikan lagi.hidup islam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: