WordPress Vs Blogspot : WordPress Menang 8-0

16 06 2010

Sekarang ni aku tengok makin ramai yang dah berpindah daripada blogspot ke wordpress self-hosted. Suatu perkembangan yang postif bagi aku. Sebab ada terlalu banyak kelebihan wordpress berbanding dengan blogspot. Walau pun dah ramai yang buat entri membandingkan kelebihan dan kekurangan antara dua platform tersebut, aku tetap nak buat jugak wordpress vs blogspot versi aku sendiri. Kelainan dia? Aku cuma akan menceritakan kelebihan wordpress je. Kelebihan blogspot korang yang kena bagi sendiri. Hehe

Okey ini antara yang dapat aku senaraikan kelebihan wordpress berbanding dengan blogspot. Diingatkan bila aku sebut wordpress ianya merujuk kepada wordpress self-hosted. Bukan wordpress free. Sebab wordpress free tak banyak beza dengan blogspot. Dan kalau korang ada bangkangan korang boleh kongsi dalam komen kat bawah nanti.

1) Akaun wordpress tidak akan dibanned sampai bila-bila. Aku rasa ni kelebihan terbesar wordpress. Akaun WordPress tidak akan boleh dibanned oleh sesiapa pun. Paling-paling pun hosting tak dapat nak tampung ruang atau bandwidth dan terpaksa tukar ke hosting lain je. Jadi keselamatan entri kita adalah terjamin. Berbeza dengan blogspot, akaun blogspot adalah milik google beserta dengan entri-entri sekali. Cuba bagitahu aku. Dah berapa ramai yang menangis air mata darah sebab akaun blogspot kena banned?

2) WordPress boleh dimanipulasi sesuka hati sama ada korang nak jadikan ia blog, website, minisite, forum, dan bermacam-macam lagi. Cuma guna fungsi yang ada kat Fantastico dan walla! Korang dah dapat apa yang korang inginkan. Malah Nuffnang pun guna wordpress. Berbeza dengan blogspot, ia cuma direka untuk berblogging sahaja. Pernah korang jumpa website atau forum yang guna blogspot?

3) WordPress ada bermacam-macam themes yang boleh diguna. Ni mungkin berguna bagi mereka yang suka tukar theme blog. Ada banyak theme free kat alam maya ni yang boleh di download sesuka hati. Kalau nak yang lain dari yang lain boleh beli mana-mana premium theme beserta dengan copyright sekali. Atau kalau nak lagi best upah je mana-mana designer untuk buat theme sendiri. Konpem korang je yang guna theme tu kat dunia ni. Blogspot? Memang ada banyak template yang free dan premium. Tapi terhad tak macam theme wordpress. Lagipun banyak yang aku tengok template blogspot yang diconvert daripada wordpress tapi tak pernah ada theme wordpress yang diconvert daripada blogspot. Maksudnya? Theme wordpress lagi bagus daripada template blogspot.

4) WordPress ada banyak plugins dan widgets yang boleh diguna untuk kelancaran blog. Yang ni pun antara yang paling penting. Kalau ikut rekod wordpress ada sebanyak 9,539 plugins yang boleh diguna. Dan proses installation dia cuma 2 langkah. Pilih dan install. Tak perlu nak main coding-coding apa semua tu. Antara plugins yang aku rasa penting ialah Akismet, All In One SEO, XML Sitemaps dan threaded comments. Blogspot? Widget dia terhad dan kebanyakannya korang perlu main coding untuk masukkan dalam blog. Silap haribulan memang kena buat blog baru la jawabnya.


5) Komen wordpress lebih mesra pengguna. Okey yang ni mesti ramai pengguna blogspot nak bangkang. Tapi ketahuilah sebenarnya tinggalkan komen kat wordpress jauh lagi mudah daripada tinggalkan komen kat blogspot. Memang leceh nak isi form nama, emel dengan url tapi kalau korang install add-on Firefox iaitu EasyComment, korang cuma perlu klik sekali je dan semuanya dah sedia terisi. Tak percaya? Boleh cuba sendiri. Kredit to Kak Jie. Lagi satu komen kat wordpress ada Commentluv. Nanti dia keluar sendiri entri terbaru kat blog korang. Tak payah susah-susah nak masukkan link sendiri dah. Dan komen kat wordpress jugak boleh diedit. Kalau pemilik blog tu ada pakai plugin tertentu la. Tak keluar gambar sendiri masa komen? Daftar je kat Gravatar. Takkan tak tahu lagi.

6) WordPress boleh bahagikan entri ikut kategori dan tag. Malah boleh jugak buat mukasurat/pages. Untuk kategori dan tag korang boleh set entri tu masuk dalam kategori mana dan korang boleh sumbat tags sebanyak yang mungkin dan percayalah, ianya sangat membantu SEO. Contoh kategori macam kat blog aku ni ada kategori pendapat aku, semasa, hiburan, video, dan lain-lain manakala tags pulak aku sembunyikan sebab banyak sangat. Tapi korang boleh tengok dengan menggunakan view page source. Untuk mukasurat/pages pulak, korang boleh buat sebanyak mana mukasurat yang korang korang mahu. Macam kat blog aku ni aku buat mukasurat about me, archives, contact, link exchange dan sitemap. Kalau blogspot? Cuma ada label yang korang kena tentukan sama ada nak jadikan ianya kategori atau tags tanpa ada mukasurat. Dan ianya sangat berbeza dengan wordpress.

7) WordPress lebih mesra SEO. Ramai yang cakap blogspot lebih mesra SEO sebab dia anak google tapi sebenarnya kalau kena cara memang wordpress yang terbaik. Bagaimana caranya? Paling senang korang boleh pakai plugin All In One SEO dan XML Sitemaps. Memang sangat membantu dalam menaikkan entri korang ke page pertama google. Dan ada banyak lagi plugin-plugin lain yang membantu korang mendapatkan ranking pertama google. Tak percaya? Cuba taip apa-apa kat search bar. Blog wordpress atau blogspot yang berada di ranking pertama?

8 ) Last but not least, wordpress boleh autoping. Bagi ahli Gengblogger korang tahu la kan apa benda ping tu? Ping bermaksud bila kita hantar entri terbaru kita ke direktori. Kalau korang guna Gengblogger je maksudnya korang cuma guna satu direktori. Tapi dengan wordpress, korang boleh set autoping sehingga ke lebih 300 direktori. Apa yang korang perlu buat? Cuma lawat blog Syahirul. Kat bahagian komen dia ada bagi senarai autoping yang bagi aku sangat banyak. Untuk menggunakannya korang cuma perlu letak senarai tu kat bahagian Update Services kemudian buat entri baru dan apabila entri tu dipublish, secara automatik ianya akan di ping ke semua direktori yang ada. Untuk pengguna blogspot boleh jugak nak ping ke banyak-banyak direktori tapi korang perlu buat secara manual. Bukan auto macam wordpress. Cuma lawat pingsite seperti Pingler atau PingMyBlog. Tapi kena ingat pinglist dia tak sebanyak yang Syahirul bagi.

Itu la 8 point penting yang aku boleh bagi mengenai kelebihan wordpress berbanding blogspot. Sebenarnya kalau korang memang niat berblogging untuk berkongsi pendapat, kisah sendiri atau apa-apa pun tak ada masalah nak guna platform mana. Asalkan matlamat tercapai cukup la. Tapi kalau korang betul-betul berminat dengan blogging aku rasa tak salah untuk habiskan RM40 setahun demi minat korang kan? Orang lain sanggup habiskan berpuluh-puluh ribu untuk penuhi minat masing-masing. Setakat RM40 setahun apa la sangat.

Ramai jugak yang setakat beli domain je dan pakai kat blogspot. Okey la tu sekurang-kurangnya ada perkembangan positif. Kat bahagian domain tak ada dah yang .blogspot tu. Cuma mungkin boleh setapak ke depan lagi dengan beli hosting sendiri. Susah nak install wordpress kat hosting? Jangan cakap macam tu. Untuk pengetahuan korang aku cuma install sendiri wordpress kat hosting aku untuk jadikan blog aku macam sekarang dengan cuma berpandukan ebook tutorial percuma daripada Fadzilah Mamat. Kalau aku yang tak tahu apa-apa pasal benda ni pun boleh berjaya install takkan korang tak boleh. Usaha tangga kejayaan. Untuk dapatkan ebook percuma tu korang boleh download kat Ziddu.

Advertisements

Actions

Information

5 responses

16 06 2010
hellioz

http://hellioz.blogspot.com/2010/06/blogspot-untuk-budak-budak.html

gwa rage budak sebab entry cmni bro
usha link gwa tuyh

jangan maen taram je….

16 06 2010
akmalhacks

ohh..begitu rupa nya.. da 4 taun gua berblogging..bru skang gua tau klebihan wp..owhhhh

16 06 2010
yoy

ni bukan ko pakai free ke?

17 06 2010
hellioz

dangkal gyler hujah lu

bagi hidup senang nak hidup susah
ape ke bodoh la choice yg lu buat?

lu dengan ohmanusia tu sebijik, typical…
mesty lu darjah dua kan kan kan?

gyahaahahaahaahah~

20 06 2010
ann

mihahaaaaaaaaaaaaa.. jom bertukar… weeeeeee~~~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: